Powered By Blogger

Sunday, 16 September 2018

Hello!


Hai! Welcome to my blog. Awal2 aku nak cakap, blog aku ni penuh dengan ayat pasar, campur BM & BI, banyak perkataan singkatan dan macam2 lagi. So, sesiapa yang rasa blog aku ni tak sedap mata memandang, dipersilakan tekan X besar kat screen/desktop korang untuk keluar. Aku bukan halau tau. Just cakap awal2 kot ada yang duk membebel sorang2 sambil baca content aku ni.

Apa2 pun, Hai! πŸ˜ƒπŸ˜ƒ This is it. Akhirnya aku buat blog. Keinginan nak buat blog ni dari aku kecik lagi sebab nampak kakak aku buat blog. Cam best je kan? Tapi sebab xde kelengkapan *ehem* laptop sendiri, aku xdapat buat. Lama2, hilang hajat nak buat blog. Keinginan tu jadi hilang.

This time, I finally made one. On 16/8/18. Hari Malaysia. (senang aku nak buat anniversary blog aku.hehe😎)

Kenapa terjadinya blog ni pun ada kisahnya. Setiap benda jadi mesti ada kisah kan? Ceritanya macam ni. Sejak aku habis belajar, (sekarang ni tengah praktikal dekat ngan rumah), aku jadi aktif bercerita kat status Whatsapp. Sebabnya aku xde member nak story mory. Memang boleh je call or ws tapi kurang feel. Feel apa pun aku xtau la.πŸ˜… Ada je time aku bercerita dengan sapa2 kat ws, tapi xsemua ada masa untuk layan aku. Diorang pun ada keje, ada life. So, bila mood aku nak bercerita dah membara, aku bercerita di status ws. Kira ramai la jugak dapat cerita aku. And diorang xperlu balas pun. Aku dapat tahu kisah aku sampai kat orang ramai pun dah cukup. Rasa lega sikit bila bercerita.
Pelik kan aku?πŸ˜†

Then, beberapa hari lepas, lepas sesi bercerita aku di status ws, ada sorang member kata dia suka baca story2 aku..hehe..happy la kita😍 Dia pun cadang buat blog. Masa tu baru la teringat akan hajatku yang bertahun tergendala. Mula2 aku cakap risau nak buat blog sebab orang x baca. So, dia cadang Twitter.. huihh..Aku tak sanggup nak guna Twitter. Dan dekat dua tahun ada akaun Twitter tapi tak reti2 cara nak guna. Habis tanya orang and search cara nak guna Twitter ni. Tak paham2. Plus, ada limit words. Memang boleh buat thread tapi bab camtu la yang tak reti tu..ahahahh. So, back to the blogging idea. Lama gak la aku pikir. Research portal apa paling best nk buat blog. Antara Blogger, Wordpress and Wix. Paling best is Wix. Tapi Wordpress and Wix ni more kepada website untuk promotions or jualan. Aku nak buat blog saja nak luah perasaan je. So, aku pilih blogger.

Lama jugak proses aku nak buat blog. Mula2 cari camna nak buat, then cara nak guna, cara nak masukkan itu ini, cara nak cantikkan blog. Semua la senang cite. Lepas lama research, akhirnya buat blog. Maka inilah hasilnya. Buruk skit tapi ok la..ahahah πŸ˜† Banyak lagi nak improve. Nak tambah2 lagi. Teknik penulisan pun macam xkene ni. Nanti next2 post aku try improve la.

So, for now, ini sahaja entry aku. Sesi menyatakan macam mana dan bagaimana terjadinya blog aku ni. Harap okay la untuk korang semua. Next entry, ikut mood nak bercerita. Nak menulis hari-hari tu tak dapat nak janji.

Till my next entry,
(All gifs are by Giphy.com)


1 comment:

  1. My Scribbles: Hello! >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    My Scribbles: Hello! >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    My Scribbles: Hello! >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK 1z

    ReplyDelete