Powered By Blogger

Sunday, 29 November 2020

#22 Blushers

Hai.. So, haritu aku ada order blusher kat shopee. Beli pun sebab ada voucher 50% off + RM0 free shipping.. elok2 pulak kedai tu Mall kat shopee . Lagi la aku yakin nak beli.  Btw ni ship dari Indo.. and it just arrived !
Jenama Madam Gie.. sesuai dengan nickname aku.🀭


Aku amik shade 03 sebab dia orange gelap. Kalau 01 warna dark pink & 02 warna peach sgt. Dua2 color tu aku dah adaso memang duk cari yang oren la.
Also aku beli ni sebab memang aku duk cari blusher mini. Senang nak bawak mana2 kalau jalan2. Blusher yang aku ada skrang ni packaging dia style besar & panjang.

Ni swatch w/ flash & w/out flash. Serious lawa 😍 Finally jumpa gak yang sesuai colournya.

Sebelum ni dah try beli blusher orange. Kat watson, jenama in2it.
Masa swatch kat kedai lawa je kat tangan. Bila balik, try la pakai kat pipi. Hapoo.. pipi aku bersinar je. Takde oren pun. Haih.. kecewa aku. Tapi takpe. Banyak lagi kegunaan dia. Aku rasa kegunaan asal dia ni blush topper la.. sebab bersinar sangat2. πŸ˜…

Selain tu ada gak aku beli kat shopee. Jenama focallure tapi bukan kedai official. And aku salah pilih code. Tak sesuai dengan warna kulit aku. Sebab bila pakai, tak nampak macam pakai blusher. Nampak macam pakai bedak muka tak rata. Warna dia sama sangat dengan kulit akuπŸ˜… pastu entah apa projek aku nak buat dengan blush tu (lupa dah) end up pecah and takleh guna. Nak baiki balik pun takleh. So buang. Sayang weh..

So, selama ni aku pakai blush pink ni bila keluar.
3 warna blush + contour 
Start dari tepi contour tu dark peach pink, light peach pink & dark pink.

On most days aku pakai 2 peach tu je. Also, walaupun dia peach which is close to orange, bila pakai, pink will more likely to show up rather than orangey colour. Yang dark pink tu pulak, aku pakai gak tapi jarang. Time main makeup pelik2, haa.. aku pakai yang dark pink tu la.

Jenama MAKE ME UP. Tak ingat ni dari watson or guardian. Kakak aku yang bagi ni. Aku rasa kedai2 besar je ada sebab setakat ni aku tak penah nampak brand ni dengan mata aku sendiri.

Colour comparison between my blushers :
Boleh nampak yang Madam Gie tu betul2 oren😍

Ni harganya.. Haa..from RM5.52 jadi rm2.07..hehe

Boleh la beli lagi 😁

Saturday, 28 November 2020

#21 Hey (again)

Kenapa aku ni pemalas sangat nak tulis blog hah? Kalau Youtube, orang paham la jugam napa malas. Ye la, nk shoot, nk edit apa semua. 

Tapi ni blog🀦🏻‍♀️ Bukannya susah sangat pun Jiha oiii.. Dah la😬

Sunday, 19 January 2020

#20 Cabbage Taco Bowl

Hey😊

Post pasal makanan lagi.. tapi this time healthy meal.. healthy ke?πŸ˜… Ahh..boleh la nk kata healthy..

Skrang tgh viral kubis gulung ala2 vietnam roll tu. 
Link : https://www.rasa.my/kobis-bungkus-inti-ayam-kak-wan-memang-lain-dari-yang-lain-padu-rasa-dia/

Haa..yg tu.. nampak sedap je.. tapi bila tgk bahan n steps .malas lak jadinyaπŸ˜…πŸ˜‚
So aku buat versi pemalas.. skadar cukup2 je.

Bahan :
Isi ayam potong dadu@kecik2. 
Bawang holland. 
Cabbage yg bulat tu.

Cara : 
Halah..cm biasa. Letak bwg smpai layu/perang2 then letak ayam. Garam aku letak sikit je. Sikit yg teramat sbb nk healthy kan.. xleh masin2.. pastu aku letak air sikit. Then tutup, biar smpai air kering.

Cabbage tu lak kau kopek/kupas je slow2. Jangan bagi koyak mcm aku punya sudahπŸ˜‚
Then, letak ayam tu dalam cabbage. Siap !
Nampak mcm x sedap tp bagi aku, ni dh sedap dah ni. Mula2 ingtkan nak makan ngn sos kewpie ni.

Tapi, rasa ayam tu sendiri dah sedap. No need sos or other perasa.

And I call this, chicken taco bowl. πŸ˜‚ Why? Donno. Felt like it was suitable.
😁

Thursday, 16 January 2020

#19 Macaroni Cream Soup

Dah lama x makan pasta macaroni. Craving pun dah lama tapi baru skrang dapat buatπŸ˜…

This time aku buat macaroni cream guna soup packet yg Campbells tu je.

Ni masak cara malas. Malas nak bukak api. Guna microwave je.

Just macaroni n air letak dlm bekas microwave safe. Then, set 4 minit 2 kali. Aku buat interval sbb takut nk buat 8 minit straightπŸ˜…

Then dah masak, bancuh sup cream. Air kurang sbb nk bg pekat. Kalau tercair skit, biar dia sejuk skit. Akan jd pekat. Tapi pekat2 cair la.. 
Yang dalam gambar ni, kebetulan air pasta tu x kering habis, so aku letak terus je sup powder dalam tu. 

Kalau sup yg dipilih tu sedap, sedap la. Kalau x sedap, x sedap.πŸ˜…πŸ˜‚
Dulu dah buat guna sup cendawan. Sedap.. just tambah cili je sbb aku suka pedas.

Yang kalini guna sup ayam. Tawa la pulak. So tambah lerr black paper n garam skit. And of course cili. πŸ˜‹ Ni versi pekat2 cair. Yg cendawan dulu buat giler pekat..

SIAP! 😊😊