Powered By Blogger

Thursday, 29 November 2018

#5 Immune Badan Dah Tak Kuat Dah



Assalamualaikum.. Hai semua.. Sepanjang minggu lepas sakit teruk-teruk je yang lekat kat badan ni haa.. Mula-mula start with sakit kepala berdenyut. Especially time nak tido. End up tido kul 2 3 pagi sebab sakit kepala tu. And maybe sebab aku tengok cite kat laptop (sambil2 tunggu nak reda sakit kepala..ahahhah) 




Bonusnya, kat bahagian dalam hidung, kawasan dalam jangkaan atas daripada lelangit, bengkak giler weyh.. memang rasa bengkak tu besar. Tapi aku rilek je sebab sebelum ni dh kene. Selalu esoknya dah surut dah bengkak. Tengok-tengok 3 hari bengkak beb. Tahan je rasa tak selesa tu. Hari keempat lak, selsema plus sakit tekak. Which also leads to batuk- batuk. Frust weyh. Aku pulak dah memang ada semput/lelah/asthma, memang risau gak la. Banyak kes orang semput/asthma mati dalam tido sebab sesak nafas tapi tak sedar. Banyak malam tu rasa takut je nak tido. Takut tertido selama-lamanya. Alhamdulillah, panjang umur. Kalau tak panjang, memang xdenye post ni la kan? Ahahahha.. (scary la pulak)


Ok.. Time-time sakit ni slalu kita (tak kita pun, aku je kotπŸ˜†) buat apa and apa terjadi kat body kita?


  1. Kurang selera makan. A few days ago is like my peak of sickness. Nak makan pun rasa nak tak nak je. First time (in a long time) tak habis nasi. Sebelum2 ni kalau lauk dah habis pun still usaha gak habiskan nasi kat pinggan..Haish
  2. Muka tak bermaya. Bab ni aku tak kisah sangat sebab memang muka aku ni kurang seri pun.
  3. Dosa-dosa kita digugurkan. Aamiin. Sepanjang aku sakit, memang ni je yang berlegar kat otak aku. “Sakit pun takpe. Kene kuat hadapi ujian Tuhan.”
  4. Banyak mengelamun. Bila dah tak terdaya nak buat apa-apa, keje mengelamun je la. Either bayang situasi yang takkan penah terjadi or ingat balik kisah kenangan lama. Aahahha.. memang itu la keje aku. Bila teringat kenangan lama, semua perasaan keluar. Ada rasa sedih, marah, menyesal, gembira etc. Weird situation.. 

1
4 hari lepas, batuk makin teruk and my voice macam makin menghilang. The next day, suara dah macam budak laki yang baru nak akil baligh. Ahahah..pecah-pecah. Kejap high note kejap low note. Membisu je la aku. Rapat je mulut. Pastu, esoknya lagi, hilang terus. Not 100% la.. about 50%. Banyak hembus angin daripada bunyi suara.πŸ˜† . Sekarang ni dah elok dah. Suara pun dah ok. Cuma kadang-kadang je tersangkut skit takde bunyi.


Lastly time makan ubat. Rasa pelik je bila makan ubat batuk yang cecair tu. Bila kene makan sendiri ubat tu, sudden realisation yang diri ni dah besar. Dah dewasa. Selalu ubat-ubat cecair macm tu umi suapkan. Sekarang buat sendiri je. Haih.. dah tua dah aku. Banyak benda kene buat sendiri sekarang. Kene belajar berdikari. Well, sebelum ni duk asrama pun dah kira berdikari dah. Tapi sekarang kene lebihkan lagi.πŸ’ͺ

Oooookaaaayyy.. memang post kalini aku main tulis je apa yang ada kat otak aku ni. Ahaa.. >.< Kebetulan sakit.. tulis je la.. Hehee..

Monday, 29 October 2018

#4 Purdah / Niqab / Burkha


Hello mi amor, this is post number 4. See what I did there? I rhymed. Hehe..  So, dah lama jugak la tak update kat blog. Nak kata inspirasi takde, ada je. Tapi, kadang-kadang takde masa or just plain lazy la πŸ˜…. Ok la. Apa-apa pun, lets continue with what I wanna write today. 😁
Macam ni, dalam 4 hari lepas aku ada jumpa posts perempuan yang berpurdah dan berniqab. Memang sejuk mata memandang😍 Aku yang perempuan ni rasa senang je tengok diorang. Kadang-kadang bila terjumpa orang yang berpurdah/berniqab kat tempat awam, aku akan pandang je diorang ni. Like completely staring at them. Ada time kantoi. Mula la kalut alih pandangan or acah-acah mengelamun.  Harap diorang tak pikir yang aku ni pertikaikan cara pemakaian diorang. Aku just suka sangat tengok orang berpurdah/berniqab ni. Tak tau napa. Just suka sangat-sangat.

Yang aku dapat tau, ada tiga jenis cara untuk tutup wajah. Purdah, niqab dan burkha. 

Purdah just separuh. Niqab ttup dahi skali. Burqa/burkha ni mula2 pakai macam niqab then ditutup dengan satu lagi lapis kain.


Actually, aku penah timbul hasrat nak pakai purdah. Ala…bukan penah timbul. Sampai sekarang aku still rasa nak pakai purdah. Tapi, dengan perangai aku sekarang (yang agak tak betul and susah nak ubah), aku rasa tak sesuai. Kadang rasa nak je pakai purdah and pakai labuh-labuh but with the same lifestyle. Gerenti orang pandang. Kemungkinan besar gak aku akan jatuhkan maruah golongan yang berpurdah/berniqab. Sebab aku, semua kene. Taknak macam tu. πŸ˜­

I mean tengok la ni. Cantik, ayu and comel je semua nampak. Aku amik 1 je gambar orang. Itupun model shop mana ntah. Yang lain2 lukisan karya ahmadfu22. Tapi lukisan dia ni based on real people. And kalau korang tengok IG dia, kat gambar-gambar tu dia tag skali tuan gambar. 

Sumber : Google




Ni semua karya @ahmadfu22. Cantik kan? πŸ’“
(Kalau gambar kecik, tekan je.)


Kadang-kadang bila aku rasa cam nak tengok camne rupa aku pakai purdah, aku lipat bahagian bawah tudung (bidang 60 bulat) ke atas samapi hidung aku. Kalau untuk bawal petak biasa, aku cari tutorial. Banyak gak aku cari and mostly orang banyak guna shawl. Aku tak reti pakai shawl. Bila jumpa bawal lak, mak aih, asal susah sangat. Pusing sana sini. Gigih mencari, jumpa gak yang simple skit. Boleh aku follow. So,jadi camni. 


Ni kaedah lipat tudung labuh keatasπŸ˜†




Hohoho... ni masa dinner kat kolej. Tema Arabian & Bollywood. Sah2 aku amik Arabian. πŸ˜ Peluang keemasan untuk aku gayakan style purdah lat luar. Purdah betul ni, bila nak makan bleh selak je. Yang aku buat ni takleh selak. So, bila nak makan tu kene bukak pin sebelah and sebelah lagi tu biar tergantung. Gambar2 lak semua snap lepas makan, so tak brapa nak jadi purdah aku. Patutnya bahagian bawah tu rata and straight je tapi nampak lak lapisan blakang. Hadehh...
Nasib gambar still lawo..Heee..Thanks kawanku..🌈 🌈 🌈



Nampak gambar kiri. Nampak macam pose acah-acah cute kan? Ahahhahahh.. Sebenarnya time ni pin aku sebelah dah hilang. Nak cari pengganti takde. Kengkawan semua pun x bawak lebih. Terpaksa la pose sebelah tangan pegang tudung. Gambar kanan nampak biasa skit. Ala2 ayu..Ececehh..
*Setakat pegang je logo HALAL tu. Blom HALAL lagi ngan sapa-sapa.Hehe..



One more thing. Aku ada sorang kawan ni dia penah masuk sekolah pondok and bila aku cakap aku teringin nak pakai purdah, dia cakap dia ada lebih and dia nak bagi aku. Bila dapat purdah tu, happy tu tak terkata. Ada gak pakai saja-saja kat bilik. Just tengok-tengok je la rupa aku bila pakai purdah. Suka je rasa. Hehe... Tapi stakat kat bilik je la. Tak mampu lagi nak pakai keluar rumah. And purdah tu masih elok aku simpan. Tengok je mampu. Bila la nak pakai? πŸ˜Ÿ

Anyways, tu je yang aku dapat cerita. Asalnya aku nak cerita bab-bab hukum memakai, buka semula, kenapa pakai and so on. Tapi, aku tak mahir bab-bab agama. So, aku tak berani nak ulas. Kalau search Google pun, terlalu banyak jawapan sampai aku sendiri keliru. Jadi aku amik keputusan yang selamat, aku just cite pengalaman/pendapat aku tentang purdah/niqab. Tu je. πŸ˜‰


Thursday, 27 September 2018

#3 rhymes with Free. Coz the apps I used to edit my banner is! XD

Heyoooo…! 3rd post is here. Somehow I’ve decided to number my posts. Easier for me to track how much I’ve written 😊. So, for this post, I’m just gonna keep it simple. A tutorial on how I made my header/banner for my blog. Really simple. This post might be the shortest one yet. πŸ˜…

Step 1 : Choose a photo that you want.
Step 2 : Open PicsArt. Pick that photo and select "cutout"



Step 3 : Outline the part where you want. And the click the arrow on the top-right.


Step 4 : From just the outline, it will automatically select the necessary areas. But, some unwanted parts could be selected too. Or even the parts you want wont be selected automatically. Its ok. To erase the unwanted parts, just select the eraser icon and rub away. If there are parts that aren't selected, just select the pencil icon. You could also adjust the hardness and size of the cursor to make it easier.


Step 5 : Select next and your sticker is done. Now just save it and you can use it on different kinds of backgrounds. (Mine here looks different coz I already adjusted the colours and hues.)


Step 6 : Open up Canva on your laptop/desktop. It easier that on phone. You have to sign up to use it. Select create design. At the top right of the page, theres a "Use custom dimensions" and this will show up. The pix for blogger is 1140 x 300. So fill it up and press design.


Step 7 : Choose your background. I chose this pink gradient background.


Step 8 : Stretch it out as far as you can until it fills up the whole rectangle and adjust the position. As you can see here, I had to stretch the pic really far out πŸ˜†. Don't worry. The resolution of the pic won't damage. It'll still be clear.



Step 9 : After that's done, just place the sticker that you've made and you're all set. To add all the photos and such, just select uploads. So here is the pics that I use for my banner. Except the galaxy. That was from a previous work. For the "NaSya's Blog" wording, I actually made it in PicsArt on a blank background and used the same sticker making technique (step 3 - step 5).


Step 10 : Put it all together and its done. About adjustments regarding when uploading it as banner in header, I already explained it in my previous post. If it needs adjustments, take your time and just do it. You'll get there eventually.


You don't have to be super creative to create something nice. Just a little bit of that, a little bit of this, a dash of that, a pinch of technology and you're all good to go. πŸ˜‰

Till my next post! πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹







Tuesday, 18 September 2018

Entry #2 on Two-sday.

Hai.. My next entry is here. Ahahah… Abaikan.. Aku tak reti nak intro. So, semalam aku ada la duk search2 apa yang boleh aku tambah untuk buat blog aku lagi menarik. Benda pertama dalam kepala aku is game. Sebab aku ingat masa kecik, aku ad jumpa random blogs, ada mini game kolam ikan kat tepi blog dia bawah description. Game tu simple je. Bagi makan and tekan2 ikan tu biar dia pusing2 kolam. Ada jugak yang letak hanster. Ada yang letak pinball machine. Banyak la. Kiranya benda tu untuk entertain visitors blog. Memang memori games blog tu terpahat dalam memori aku. Gigih weyh aku cari macam mana nak tambah benda alah tu 😭😭 Dalam sejam cari2, xjumpa cara yang aku nak. Aku search lain keluar result lain. So, aku pun give up. Sebab lama sangat mencari tapi takde progress.

Teruskan ke benda lain nak cantikkan blog. Glitter graphics. Benda ni mcm Gif tapi yang gerak2 is just glitter tu kelip2 je. Minggu lepas aku ada nampak blog yang guna glitter graphics ni. Laki weyh blogger tu. Blog dia tu cantik je. Warna soft2, ada gif kecik2 comel2 dalam entry dia. Blog header dia ad nama dia plus glitter kelip2 tu. Aku mcm Waahhh.. lawanya blog dia. Cursor dia pun custom punya. Bentuk misai biru. Aku berkenan sangat nak buat semua tu. Tapi tak reti. 😒 Google pun tak brapa nak bagi jawapan.

So, glitter graphics tak dapat jugak nak buat. In the end, aku try yang paling basic which is the header of the blog. Mula2 cari ilham dulu, nak header macam mana. Nak cantik ke, comel ke biasa2 je? So, aku scroll Pinterest. Mula nak buat yang plain with lots of mini flowers and header yang nampak fancy2 giteww.. Entah mcm mana, tak jadi nak buat. Sebabnya bunga2 and header semua tu kene cari sendiri. Semua design x kene ngan aku. Picky sangat aku ni.. ahahhhahh πŸ˜† . Scroll2 Pinterest lagi, terjumpa lukisan muslimah hipster. Lawa giler. Ni ha lukisannya ↓

IG : ahmadfu22
Pinterest : misterfu7

Lawa an? Dapat idea, terus edit kat PicsArt. Kalau bab edit-mengedit ni memaang aku pilih PicsArt. Senang, lots of variety and cantik. Cuma yang aku lemahnya is kene guna internet kalau nak guna app tu. Kalau internet slow, memang sangkut2 la proses mengedit kau πŸ˜… Ok sambung cite. Aku edit2 ikut sedap mata aku memandang. Ubah kaler2 skit, ubah saiz, tambah itu ini then siap..Lawa jgk.. hehe.. Puji diri sendiri sikit. Kalau kita tak puji diri sendiri, sapa lagi nak puji kita kan? πŸ‘πŸ˜‰ So, ni la hasil yang aku edit tu.

NaSya ni short form untuk nama kitorang adik beradik. Macam aku, NAjihah SYAfiqa. Kakak-kakak aku pun sama. (Tak payah la korang tau nama diorang eh? 😁)

Bila dah siap, aku try letak kat blog. Dah letak baru prasan. Petak weyh gambar tu. Dimension untuk header blogger lain. Maka bersambunglah research ku. Cari dimension header untuk blogger pulak. Kene search untuk blogger sebab lain2 website lain2 dimensions. Untuk blogger, selalunya 1140 x 300 pix. Done! Dah tahu dimension tapi masalah baru lak timbul. PicsArt takleh buat dimension tu. Cari lagi kat internet, header blog elok guna app apa. Banyak kluar app yang berbayar. Then ada 1 yang free. Canva. Baru aku teringat aku ada app Canva dalam tablet aku. Terus aku try edit. And guess what?! Masalah baru lagi πŸ˜… Kat app canva tu aku tak jumpa mana nak tekan untuk dimensions. Aku just nampak editing gambar je. Actually kalau search "blog header" kat Canva memang akan keluar terus saiz yang sesuai tapi takde pilihan untuk mula dari awal. Dia bagi yang dah siap yang kau boleh tukar text and warna je. So, aku tak dapat nak buat design aku. 😠😠😠


So, I decided to chill. Rehat2 dulu. Makan2 dulu. Main phone tengok youtube. Bila dah ok semua, baru teringat, Canva boleh bukak online kat laptop jugak. Aku pun bukak Canva kat laptop. Sign in maca biasa. Layout website tu lain dari bila kau bukak app kat phone. Kat situ memang kau terus nampak ada button start new design. Kiranya blank canvas. Pastu cari button size or dimension. Aku lupa dah. Aaaaanndd, Yay!! Boleh set size aku nak. Dan aku dengan gembiranya edit style yang aku nak.

 Jangan ingat habis kat situ je. Nak buat design sama kat PicsArt ke editor lain pun ada kisahnya. πŸ˜…Mcm ni, kat PicsArt, kau boleh edit a picture tu untuk buang background & jadikan gambar tu macam sticker. So, mula2 aku kene buat gambar  muslimah hipster tu jadi sticker dulu. Perkataan NaSya’s Blog tu pun aku cutout jadi sticker. Senang. Takde background. So, bila aku edit kat Canva or mana2 editor, takde la background lain yang mengganggu background yang aku nak tu. Macam susah nak paham kan? Ahahah..takpe. Nanti aku rajin skit, aku selitkan steps apa aku buat dalam next post nanti. Then, kat Canva, buat size aku nak, letak background aku nak, then letak sticker muslimah & perkataan2 tu. DONE !! Akhirnya siap.. 


Aku try test kat header blog tapi perkataan blog ada kene tutup skit. Takpe takpe. No hal. Edit "Blog" tu biar kekiri skit pastu testing balik. OK dah. And this is the final result.


Yes belah kanan tu mcm kosong sangat kan? Aku tahu. Tapi terpaksa sebab kalau aku guna yang macam atas punya, nanti tak nampak perkataan Blog tu. Nanti jadi auto-crop. Kalau koraang bukak blog aku ni on desktop, korang akan tengok banner header aku ni ngam2 je dengan kotak. Tapi untuk sapa2 yang bukak dalam fon memang korang akan nampa header aki macam gambar kedua ni. Belah kanan tu kosong skit. Tapi bagi aku, ni dah kira cun la ni. Lama kot nak sampai ke result ni. πŸ˜† Terseksa aku. Padahal benda simple je. Sehari suntuk buat ni kau tau. πŸ˜†

Ahaa... kali ni aku cite pasal tu je la. My journey dalam penggunaan blog ni. Banyak lagi benda yang aku kene discover pasal blogger ni. Nanti lama2, lawa la blog aku. Harap2 la. Jangan terover sudah. 


Till my next entry. Bye! πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

(All gifs are from GIPHY.com)

Sunday, 16 September 2018

Hello!


Hai! Welcome to my blog. Awal2 aku nak cakap, blog aku ni penuh dengan ayat pasar, campur BM & BI, banyak perkataan singkatan dan macam2 lagi. So, sesiapa yang rasa blog aku ni tak sedap mata memandang, dipersilakan tekan X besar kat screen/desktop korang untuk keluar. Aku bukan halau tau. Just cakap awal2 kot ada yang duk membebel sorang2 sambil baca content aku ni.

Apa2 pun, Hai! πŸ˜ƒπŸ˜ƒ This is it. Akhirnya aku buat blog. Keinginan nak buat blog ni dari aku kecik lagi sebab nampak kakak aku buat blog. Cam best je kan? Tapi sebab xde kelengkapan *ehem* laptop sendiri, aku xdapat buat. Lama2, hilang hajat nak buat blog. Keinginan tu jadi hilang.

This time, I finally made one. On 16/8/18. Hari Malaysia. (senang aku nak buat anniversary blog aku.hehe😎)

Kenapa terjadinya blog ni pun ada kisahnya. Setiap benda jadi mesti ada kisah kan? Ceritanya macam ni. Sejak aku habis belajar, (sekarang ni tengah praktikal dekat ngan rumah), aku jadi aktif bercerita kat status Whatsapp. Sebabnya aku xde member nak story mory. Memang boleh je call or ws tapi kurang feel. Feel apa pun aku xtau la.πŸ˜… Ada je time aku bercerita dengan sapa2 kat ws, tapi xsemua ada masa untuk layan aku. Diorang pun ada keje, ada life. So, bila mood aku nak bercerita dah membara, aku bercerita di status ws. Kira ramai la jugak dapat cerita aku. And diorang xperlu balas pun. Aku dapat tahu kisah aku sampai kat orang ramai pun dah cukup. Rasa lega sikit bila bercerita.
Pelik kan aku?πŸ˜†

Then, beberapa hari lepas, lepas sesi bercerita aku di status ws, ada sorang member kata dia suka baca story2 aku..hehe..happy la kita😍 Dia pun cadang buat blog. Masa tu baru la teringat akan hajatku yang bertahun tergendala. Mula2 aku cakap risau nak buat blog sebab orang x baca. So, dia cadang Twitter.. huihh..Aku tak sanggup nak guna Twitter. Dan dekat dua tahun ada akaun Twitter tapi tak reti2 cara nak guna. Habis tanya orang and search cara nak guna Twitter ni. Tak paham2. Plus, ada limit words. Memang boleh buat thread tapi bab camtu la yang tak reti tu..ahahahh. So, back to the blogging idea. Lama gak la aku pikir. Research portal apa paling best nk buat blog. Antara Blogger, Wordpress and Wix. Paling best is Wix. Tapi Wordpress and Wix ni more kepada website untuk promotions or jualan. Aku nak buat blog saja nak luah perasaan je. So, aku pilih blogger.

Lama jugak proses aku nak buat blog. Mula2 cari camna nak buat, then cara nak guna, cara nak masukkan itu ini, cara nak cantikkan blog. Semua la senang cite. Lepas lama research, akhirnya buat blog. Maka inilah hasilnya. Buruk skit tapi ok la..ahahah πŸ˜† Banyak lagi nak improve. Nak tambah2 lagi. Teknik penulisan pun macam xkene ni. Nanti next2 post aku try improve la.

So, for now, ini sahaja entry aku. Sesi menyatakan macam mana dan bagaimana terjadinya blog aku ni. Harap okay la untuk korang semua. Next entry, ikut mood nak bercerita. Nak menulis hari-hari tu tak dapat nak janji.

Till my next entry,
(All gifs are by Giphy.com)