Powered By Blogger

Friday, 7 June 2019

#8 Sakit Oii !

Pelik tak title? πŸ˜‚
Tengah sakit ni weyh. But still nak cerita.

Baru tadi jari jemariku kene steam panas. Aku duk panaskan makanan dalam microwave. Makanan tu aku tutup guna pinggan. Bila dah siap, aku silap pegi angkat sebelah je pinggan tu. So, terus steam kene direct kat jari aku. Perghh.. nikmat beb. Nikmat sampai rasa nak mencarut time tu jugak πŸ˜‚ Tapi carut dalam hati je la. Malu aku nak carut depan family.

Aku gelojoh sangat nak makan. Patutnya pinggan tu aku angkat semua ke atas. Baru steam tu terlepas secara even. Silap aku pegi angkat sebelah je. Memang kene ah.  Rasa macam terbakar beb. Sakit😒

Mula2 lalu bawah air je. Pastu biar. Lama2 rasa macam makin teruk lak..terus cari minyak. Nasib baik satu jari telunjuk je yg teruk. Jari lain pun kene tapi tak seteruk jari telunjuk.

Tahun lepas pun aku kene situasi PANAS macam ni. Time raya Haji, masa majlis akikah anak buah aku. Aku tolong-tolong kat dapur. Pastu mak aku nak tuang kuah laksa putih dalam bekas. Aku tukang pegang bekas tu. Elok2 tengah tuang, periuk or bekas macam tergerak skit. Tak ingat sapa yang tergerak tu. Sama ada aku or mak aku. πŸ˜… But bear in mind weyh, dapur time tu pack. So maybe ada kejadian tertolak ke, teralih skit sbb orang nak lalu ke.. Haaa.. apa2 je lah.
So, bila dah tersasar tu, tangan kiri aku direct kene kuah tu.. Fuhhhh... menjerit weyh akuπŸ˜‚
Malu aku. Semua cam terkejut. Dah la flow kuah tu tengah laju, maknanya banyak la yang kene tangan aku. Huish... Masa mula2 tu tak rasa apa2. Lama skit, tangan aku rasa panas je dari dalam. Tengah masak agaknya. Boleh dikatakan tangan aku dah 70% masak dah ni πŸ˜‚πŸ˜‚. Time tu pikir nak letak ais je.

Sakit woo.. Terua terperap dalam bilik. Ala..tak terperap pun. Duduk situ sbb nak sejukkan tangan depan kipas plus nak kene ready2 untuk majlis. Aku xingat macam mana aku bersiapπŸ€” Maybe masa nak siap tu sakit dah hilang.

Hmm....

Monday, 3 June 2019

#7 Long Time No Write

Hai.. Lama tak tulis blog. Ada je cerita yang nak diceritakan tapi malas nak bukak laptop. Laptop pulak, tiap kali dia connect dengan internet, mula la meragam. Jem la stuck la restart sendiri laπŸ˜‘. Sebabtu jadi malas nak post blog.

Hohoho. Tapi xpe..dah ada alternatif baru. Guna app blogger kat phone πŸ˜† Baru best. Senang pun senang. Fon pulak kan, selalu dengan kita 24/7. Bila semangat and mood nak tulis tu sampai, buka je app. Simple. Takyah nak struggle hadap laptop. πŸ€—

Now, haaaa..acaner ni.. kesenangan dah ada. Cerita pun dah ada (Lots of tea to spill la sis😎).
Nak citenya bila? πŸ€” Tambah pulak semua cite2 ni yang dah lama. Berapa bulan simpan.

Hmm..nanti aku susun2 knonologi semua cite2 aku, then baru aku post. Kene susun dulu kalau tak, aku yang serabut nantiπŸ˜…

Sooooooooo, setakat ni je dulu.Kita lek2 dulu, settle hal2 raya dulu, baru onz. K?
😁

*Lagi 2 hari lagi nak raya. Fuh...sekejap je rasa Ramadhan tahun ni😣.

Tuesday, 1 January 2019

Thursday, 29 November 2018

#5 Immune Badan Dah Tak Kuat Dah



Assalamualaikum.. Hai semua.. Sepanjang minggu lepas sakit teruk-teruk je yang lekat kat badan ni haa.. Mula-mula start with sakit kepala berdenyut. Especially time nak tido. End up tido kul 2 3 pagi sebab sakit kepala tu. And maybe sebab aku tengok cite kat laptop (sambil2 tunggu nak reda sakit kepala..ahahhah) 




Bonusnya, kat bahagian dalam hidung, kawasan dalam jangkaan atas daripada lelangit, bengkak giler weyh.. memang rasa bengkak tu besar. Tapi aku rilek je sebab sebelum ni dh kene. Selalu esoknya dah surut dah bengkak. Tengok-tengok 3 hari bengkak beb. Tahan je rasa tak selesa tu. Hari keempat lak, selsema plus sakit tekak. Which also leads to batuk- batuk. Frust weyh. Aku pulak dah memang ada semput/lelah/asthma, memang risau gak la. Banyak kes orang semput/asthma mati dalam tido sebab sesak nafas tapi tak sedar. Banyak malam tu rasa takut je nak tido. Takut tertido selama-lamanya. Alhamdulillah, panjang umur. Kalau tak panjang, memang xdenye post ni la kan? Ahahahha.. (scary la pulak)


Ok.. Time-time sakit ni slalu kita (tak kita pun, aku je kotπŸ˜†) buat apa and apa terjadi kat body kita?


  1. Kurang selera makan. A few days ago is like my peak of sickness. Nak makan pun rasa nak tak nak je. First time (in a long time) tak habis nasi. Sebelum2 ni kalau lauk dah habis pun still usaha gak habiskan nasi kat pinggan..Haish
  2. Muka tak bermaya. Bab ni aku tak kisah sangat sebab memang muka aku ni kurang seri pun.
  3. Dosa-dosa kita digugurkan. Aamiin. Sepanjang aku sakit, memang ni je yang berlegar kat otak aku. “Sakit pun takpe. Kene kuat hadapi ujian Tuhan.”
  4. Banyak mengelamun. Bila dah tak terdaya nak buat apa-apa, keje mengelamun je la. Either bayang situasi yang takkan penah terjadi or ingat balik kisah kenangan lama. Aahahha.. memang itu la keje aku. Bila teringat kenangan lama, semua perasaan keluar. Ada rasa sedih, marah, menyesal, gembira etc. Weird situation.. 

1
4 hari lepas, batuk makin teruk and my voice macam makin menghilang. The next day, suara dah macam budak laki yang baru nak akil baligh. Ahahah..pecah-pecah. Kejap high note kejap low note. Membisu je la aku. Rapat je mulut. Pastu, esoknya lagi, hilang terus. Not 100% la.. about 50%. Banyak hembus angin daripada bunyi suara.πŸ˜† . Sekarang ni dah elok dah. Suara pun dah ok. Cuma kadang-kadang je tersangkut skit takde bunyi.


Lastly time makan ubat. Rasa pelik je bila makan ubat batuk yang cecair tu. Bila kene makan sendiri ubat tu, sudden realisation yang diri ni dah besar. Dah dewasa. Selalu ubat-ubat cecair macm tu umi suapkan. Sekarang buat sendiri je. Haih.. dah tua dah aku. Banyak benda kene buat sendiri sekarang. Kene belajar berdikari. Well, sebelum ni duk asrama pun dah kira berdikari dah. Tapi sekarang kene lebihkan lagi.πŸ’ͺ

Oooookaaaayyy.. memang post kalini aku main tulis je apa yang ada kat otak aku ni. Ahaa.. >.< Kebetulan sakit.. tulis je la.. Hehee..